“ Dhia , surat tu kau dah bagi dekat
dia ke ? ” tanya Farah kepadaku .
“ Petang semalam waktu semua budak
dalam kelas dia balik , aku masuk letak surat
bawah meja dia . Entah dia dah jumpa ke belum , aku pun tak tahu . ”
Ahhh , malunya rasa bila teringat
kembali mengenai surat itu . Surat cintaku kepada Zufar Ramadhan . Senior
Tingkatan Lima di sekolah ku . Aku mula suka kepadanya ketika kami antara
peserta Kem Motivasi PMR dan SPM 2011 . Kami diletakkan di dalam kumpulan yang
sama . Perasaan itu semakin kuat apabila melihat sikap kepimpinannya yang
mengagumkan ketika dia menjadi ketua bagi kumpulanku .Dia Tingkatan Lima dan
aku Tingkatan Tiga . Sebagai junior perempuan , mempunyai perasaan begitu
kepada senior lelaki adalah salah . Jika
di ketahui oleh senior perempuan , aku mungkin akan di boikot . Namun semuanya
sudah terlambat . Aku sudah pun meletakkan surat itu di bawah mejanya . Mungkin
dia juga sudah membacanya .
“ Weh Dhia ! Tu Zufar ! ”
“ Mana ? Mana ? ”
“ Tu lah , tepi tangga tu . ”
Ohhhh pujaan hatiku ! Sudahkah engkau
mengetahui isi hatiku ?
Tiba-tiba , Zufar mengalihkan
pandangan ke arah Dhia . Terkedu Dhia di buatnya . Tetapi Zufar hanya memandang
dengan pandangan tajam , kemudiannya dia kembali memberi tumpuan kepada
rakannya .
“ Eh Dhia , asal dia pandang kau pelik
je ? ”
“ Pandangan dia .. Nampak sangat dia
tak suka dengan aku . Mungkin surat tu dah buat dia benci aku . Hmm… ”
Aku tak buta . Aku boleh lihat
pandangan matanya . Penuh dengan rasa meluat dan menyampah . Aduhh , sakitnya
rasa bila cinta pandang pertama kena reject !
“ Kau ni memandai je ! ” Marah Farah .
Alahai kawan aku ni . Aku tengah sedih putus cinta , dia boleh pula marah aku !
Zufar dan rakan-rakannya mula
bergerak menuju ke kelas . Aku hanya mampu memandang .
.........................................
“ Dhia ! Dhia ! Aku dengar yang semalam
Zufar pindah ke London . ”
“ Apa !!!! ”
Pindah ???????
“ Ye . Ayah dia di hantar kerja di sana
. ”
Sudahlah kena reject . Ini dia pindah
jauh-jauh pula . London tu weh ! Jauhhh ! Sungguh , rasa macam nak nangis dah
ni ! Tahan Dhia ! Tahan ! Kau kuat !
Tokk ! Tokk ! Tokk ! Ketukan di pintu
kelas 3 Biru menarik perhatian semua yang berada di dalam kelas termasuk Dhia
dan Farah .
“ Boleh saya berjumpa dengan Dhia
Hannah ? ” Seorang murid dari kelas 5 Merah , meminta izin untuk bertemu
denganku . Ada apa hal ye ? Aku keluar kelas untuk menemuinya .
“ Ye , ada apa nak jumpa saya ye ? ”
“ Awak kenal Zufar Ramadhan kan ? ”
Pertanyaanku berbalas dengan sebuah lagi pertanyaan . Zufar Ramadhan ?
Semestinya aku kenal dan tak mungkin lupa ! Tapi apa kena mengena diriku dengan
Zufar ? Jangan-jangan dia tahu pasal surat tu ? Alamak ! Takkan la !
“ Hahhh , kalau riak muka dah gelabah
semacam tu maksudnya kenal la . Hehehe . Nama saya Irfan . Saya ni sepupu Zufar
. By the way , saya datang ni sebab nak sampaikan sesuatu dari Zufar untuk awak
. Nahh . ” Irfan menyuakan satu sampul surat . Surat apa pula ni . Dari Zufar
pula tu .
“ Kenapa dia tak bagi sendiri ? ”
Irfan hanya mengangkat bahu sebelum berlalu pergi .
Dhia memasukkan surat itu ke dalam
poket baju kurung sekolahnya sebelum mengangkat kaki kembali ke dalam kelasnya
.
“ Siapa tu ? Kenapa dia jumpa kau ? ”
Haihh , penyibuk betul kawan aku sorang ni .
“ Irfan . Ala, budak kelas 5 Merah .
Dia datang nak sampaikan pesanan dari Cikgu Timah je . CIkgu tanya , aku dah hantar ke belum kerja
khusus Geografi . Aku cakaplah dah hantar pun tadi . Itu je ”
“ Ouhh . Eh Dhia , hensem juga ye
Irfan tu . Hehehe .. ” Farah sudah
tersengih bagai kerang busuk .
Haihhhhh kawan aku ni ! Sempat lagi
dia .
...............................................................
Dhia segera masuk ke dalam bilik
sesudah sampai ke rumah . Dia mengunci biliknya supaya tiada yang menganggu .
Dhia mengeluarkan surat yang di beri Irfan ketika di sekolah pagi tadi .
Assalamualaikum Dhia Hannah :) . Tujuan saya menghantar
surat
ini adalah untuk membalas surat awak tempoh hari .
Ketika
awak membaca surat ini , saya sudah tiada di bumi Malaysia
lagi
. Awak sedih tak ? Kan awak kata awak suka saya ? Huhu :D .
Dhia
, maafkan saya . Saya tak mampu untuk membalas perasaan
awak
sekarang . Kita masih muda . Saya 17 tahun dan awak baru
15
tahun . Perjalanan kita masih jauh . Walau bagaimanapun ,
ada
satu benda yang awak perlu tahu . SAYA JUGA SUKAKAN AWAK !
5
tahun lagi , saya akan kembali ke Malaysia . InsyaALLAH . Awak
tunggulah
saya ( kalau sudi lah :( ) . Belajar elok-elok Dhia Hannah .
pastikan
awak berjaya masuk ke Universiti . Saya di sini akan
sentiasa
mendoakan awak .
Ikhlas
daripada ,
Zufar
Ramadhan Bin Zamil
Dia juga sukakan aku ? Zufar ..
Kenapa awak mengatakannya di saat awak sudah pergi jauh dari sisi saya . Kenapa
awak buat saya begini ?
Menitis lagi air mata Dhia ..
..........................................
“ Oi cik Kak ! Berangan apa hah ? ”
Tegur Lyana .
“ Menganggu betul la mak cik ni ! Aku
baru tengah syok berangan . Haiyaa ! ”
Marlyana . Kami berkenalan dan mula
berkawan rapat sejak kami sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia dan
kini kami berdua sudah bergelar guru . Kami mempunyai minat yang sama . Iaitu
ingin menjadi guru sekolah rendah . Guru sekolah rendah adalah cita-citaku
sejak kecil lagi . Aku berbangga dengan apa yang telah aku capai .
“ Kau la . Ada pula sempat berangan .
Tengok dek anak murid kau , buat malu je .Eh , kau berangan apa tadi ek ? Share
la dengan aku . Kata kawan .. ” Lyana sudah menaik-naikkan keningnya . Buruk
sungguh !
Apa yang aku berangan tadi ek ? Ahaaa
.. tadi aku teringat si dia . Sudah 10 tahun berlalu sejak aku menerima surat
itu . Zufar , awak penipu ! Awak kata 5 tahun . Tapi ini sudah 10 tahun !
Berapa lama lagi awak mahu saya tunggu ? Awak tahu tak menunggu itu sangat
meletihkan . Di mana awak sekarang ?
“ Haippp ! Aku tanya kau ni , apa kau
berangan . Kau sempat lagi berangan lagi sekali ! Apa la kau ni . Hampeh tol !
” marah Lyana .
“ Hehehe . Janganlah marah . Ala ,
aku dok berangan-berangan nak jadi pengapit kau nanti . Bilalah kau nak kahwin
ek ? ” . Hahh , ngusik makcik ni sekali sekala best juga .
“ Apa aku pula . Kau lah kahwin dulu
! ” Lyana sudah tersipu-sipu . Cepat je blushing makcik ni kalau sebut pasal
kahwin .
“ Dah , dah ! Jom balik . Kejap lagi
singgah dekat lori cendol hari tu ek . Aku teringin la pula . Jom , aku belanja
. ”
“ Belanja ? Itu yang aku nak dengar
! Jom cepat ! ” Lyana sudah berlari ke mejanya untuk mengambil beg tangan .
Macam budak-budak !
Zufar .. Cepatlah balik . Saya
rindukan awak !
..............................................
“ Dhia tak nak ! ”
Apa abah ni . Sebelum-sebelum ni tak
pernah menyebut tanya aku pasal kahwin . Ini tiba-tiba je cakap minggu depan
ada majlis pertunangan . Siapa yang nak bertunang ? Aku lah ! Siapa lagi . Tak
mahu ! Tak mahu !
“ Kamu tak ada pilihan Dhia . Kamu
anak abah . Kamu kena dengar cakap abah . Abah tahu apa yang terbaik buat kamu
. Kamu cuma perlu ikut je . ” Abah sudah mula menunjukkan riak seperti sedang
menahan marah .
“ Tapi abah … ”
“ Sudah ! Abah tak nak dengar
apa-apa lagi ! ”
Dhia berlari masuk ke biliknya .
Pintu di kunci . Lalu di capai HTC Sensation miliknya . Jarinya bergerak
perlahan di skrin sesentuh itu . Mencari no Lyana . Dia ingin mengadu kepada
sahabat baiknya itu . Tiba-tiba ..
Tokk ! Tokk !
“ Dhia ? Boleh abang masuk ? ” Kedengaran
suara abang Daris meminta kebenaran untuk masuk ke bilikku .
“ Masuklah . Pintu tak kunci . ”Dhia
meletak kembali telefon bimbitnya ke atas meja solek .
“ Adik kesayangan abang ni okey tak ? ”
“ Abang rasa ? ”
“
Adik masih tunggu Zufar ? ”
Abang Daris memang mengenali Zufar
kerana mereka berkawan ketika di sekolah menengah . Persahabatan itu terputus
selepas Zufar berpindah ke London . Abang Daris juga tahu mengenai diriku yang
menyukai Zufar . Juga mengenai surat itu . Tiada rahsia di antara aku dan abang
Daris . Dia satu-satunya adik beradik yang aku ada .
“ Abang , bila Zufar akan kembali ke
Malaysia ? Dhia sudah penat menunggu . ” Dhia mengeluh perlahan .
“ Kalau macam tu , Dhia terima lah
cadangan abah tu . ”
“ Maaf ye . Abang tak nampak ke tadi
macam mana cara abah cakap . Abang , itu bukan cadangan . Itu paksaan ! ” Dhia
mencebik penuh geram .
“ Adik , dengarlah cakap abang . Abah
tu cuma mahukan yang terbaik buat anak-anak dia . Jangan melukai hati abah
hanya kerana seorang lelaki yang entah di mana dia berada . Itu perbuatan sia-sia
. Dengar cakap abang .”
Abang Daris berlalu pergi setelah
melihat aku hanya mendiamkan diri .
………………………….
“ Dhia , tu bakal mak mertua kamu nak
masuk dah tu ” . tegur Puan Aisyah apabila melihat anaknya hanya termenung .
Hmmm … Betul ke aku nak bertunang ni
? Ya Allah . Bantulah aku . Sesungguhnya ini bukanlah keinginanku .
“ Wahhhh , cantiknya bakal menantu
saya ni “ . Puji seseorang yang entah bila muncul di bilik ku . Ini kot ‘ bakal mak mertua ‘ aku .
Puan Rohani mengeluarkan cincin dari
sebuah kotak badul merah kecil . Lalu menyarungkannya di jari halus Dhia .
Selamat sudah Dhia bergelar tunangan orang !
……………………………..
Majlis pertunangannya sudah tamat .
Tetamu sudah pulang . Hanya tinggal keluarganya yang sedang bergembira di atas
pertunanganku ini . Sampai hati mereka ! Tidakkah mereka mengetahui bahawa aku
hanya terpaksa . Aku harus pergi dari sini !
Dhia mengambil beg tangannya dan
mengeluarkan kunci kereta . Dia segera berlalu keluar rumah menuju ke kereta .
“ Dhia ! Kamu nak pergi mana tu ?! ”
Nyaring suara Encik Hilman . Marah barangkali melihat anaknya mahu pergi begitu
sahaja .
Tetapi , Dhia langsung tidak
memperdulikannya . Dia terus masuk ke dalam kereta . Menghidupkan enjin kereta
dan berlalu pergi .
“ Abang , tak apa kah kita biarkan
dia pergi ? ” ujar Puan Aisyah . Hairan juga dia , tadi suaminya yang beria-ia
marah . Ini diam je .
“ Kita pun salah . Biarkanlah dia
tenangkan diri dulu . “
…………………………
“ Arghhhhh , leganya dapat lepas
dari rumah tu .” Dhia menjerit kuat di dalam kereta .
Ada ke patut paksa-paksa aku . Macam
la aku dah tua sampai teruk sangat kena paksa kahwin . Ada jodoh tak ke mana la
. Tak perlu la nak paksa-paksa . Entah dengan siapa-siapalah yang abah nak
kenenkan jadi suami aku .
Tiba-tiba …
Krettttttttt …. Bummmmmm !!!!!
Kereta Honda Jazz yang di naiki Dhia
telah di langgar sebuah van . Dhia sudah tidak sedar diri .
………………………………….
“ Dhia … Dhia … Dhia dah sedar ke ? ”
“ Dhia … ”
Aku terdengar suara seseorang
memanggil-manggil namaku . Tapi badan aku terasa sakit .
Dhia membuka matanya perlahan-lahan .
“ Abah … ibu ….. “ Terdengar suara
kecil Dhia .
“ Ye Dhia … Kami ada di sini “ .
“ Pakcik , Makcik .. Biar saya periksa dulu
keadaan Dhia . “ Terdengar satu suara datang dari arah belakang Abang Daris .
Suara itu ! Tak mungkin !
Dia pantas membuka matanya
secelik-celik yang boleh . Ingat melihat pemilik suara itu .
“ Zufar ! ” Spontan Dhia menjerit kecil
tanpa menyedari keadaan dirinya yang masih sakit .
“ Dhia , duduk diam-diam . Saya nak periksa
awak dulu . “ Tegur Zufar . Dia dapat melihat ada air yang mengalir dari mata
bundar Dhia . Tetapi dia hanya diam . Keadaan Dhia lebih penting waktu ini .
Dia perlu memastikan dahulu keadaan Dhia .
“ Okey dah . Dhia dah okey . Cuma
badan-badan dia saja yang luka . Tidak ada apa-apa masalah lain ” . Semua sudah
tersenyum .
“ Alhamdulilah ! ”
“ Zufar … ” Dhia memanggil namanya
dengan nada yang perlahan . Sayu …
“ Dhia , sebenarnya Zufar ni lah
tunang kamu . “ Encik Hilman akhirnya memberitahu Dhia mengenai siapa
‘tunang’nya .
“ Apa ?! ” Dhia tidak mampu menutup
rasa terkejutnya .
“ Apa semua ni . Dah lah . Tak lawak
pun! ” Dhia sudah dipenuhi perasaan marah .
“ Betul Dhia , Sayalah tunang awak . “
Zufar cuba meyakini Dhia .
“ Tapi kenapa ? Kenapa tiada siapa yang
pernah beritahu Dhia tentang siapa tunang Dhia . Abang Daris , abang tahu pasal
Zurfan dan Dhia . Tapi kenapa abang tak beritahu Dhia yang Dhia akan di
tunangkan dengan Zurfan . Dan awak Zufar ! Setelah 10 tahun awak pergi .
Tiba-tiba awak muncul depan saya sebagai tunang saya ? Apa semua ni ?! “
Arghhhh , sampai hati mereka permain-mainkan hati aku . Tahukah mereka betapa
sakitnya hati ini menanggung semua rasa ini .
“ Biar saya jelaskan . Pada umur saya
17 tahu . Saya telah berpindah ke London atas urusan kerja ayah di sana .
Sepatutnya saya akan berada di sana untuk 5 tahun . Awak tahu itu kan ? ”
Dhia mengangguk perlahan .
“ Waktu umur saya 19 tahun . Saya
sambung study di Cardiff University .
Bila umur saya 25 , saya perlu kerja di hospital sana untuk 2 tahun . Then baru
boleh bertukar . And now , here I am . Berdiri di depan awak . ”
“ Bila awak balik Malaysia ? ” Dhia
bertanya .
“ Bulan lepas . ”
“ Kenapa awak tak datang jumpa saya
terus ? ”
“ Hah , Zufar . Yang tu biar aku yang
cerita kat dia “ Abang Daris bersuara .
Semua mula diam memberi perhatian kepada
Daris .
“ Lepas Zufar balik Malaysia , dia
datang rumah kita jumpa abah dan ibu dan kebetulan hari tu abang balik kampung
. Dia datang untuk meminang Dhia . Kami semua sudah setuju . Tapi abang rasa
macam keadaan ni simple sangat . Jadi , abang buat satu rancangan gila dan tak
sangka mereka semua setuju . Rancangannya adalah suruh Dhia bertunang dengan
someone yang Dhia rasa Dhia tak kenal . Mula risau juga kalau Dhia tanya siapa
lelaki yang bakal di tunangkan dengan Dhia tu . Tengok-tengok , Dhia tak tanya
pun . Abang tak sangka yang akhirnya ini yang jadi . So , abang nak minta maaf
dekat Dhia pasal apa yang telah terjadi .” Daris menjelaskan apa yang telah
terjadi . Dia rasa bersalah di atas apa yang berlaku kepada Dhia.
“ Ouh . Ni semua kerja abang la ye
! ” Tak sangka ini semua kerja Abang Daris . Boleh pula dia terfikir pasal
rancangan bodoh ni .
“ Maaf ye dik . Ala , Dhia kan baik
. Comel lagi tu . Maafkanlah abangmu ni . ” Daris sudah mula mencebik kat
mukanya tanda mengharapkan kemaafan dari adiknya .
“ Ye lah , Dhia maafkan . ” Semua
sudah tersenyum melihat gelagat dua beradik itu .
“ Abah … ” Dhia memanggil abahnya .
“ Ye Dhia ? ”
“ Majlis kahwinnya bila bah ? ”
“ Tak sabar nampak ? “ Encik Hilman
mengusik anaknya . Zufar hanya tersenyum .
………………………………………………………………
Kompang
di palu …
Pengantin baru …
Duduk bersanding ..
Tersipu malu ..
“Haih pengantin baru . Dari mula majlis
sampai la semua tetamu dah balik , tak berenggang langsung .” Daris mengusik
pasangan raja sehari .
Zurfan dan Dhia sudah selamat menjadi
suami isteri hari ini . Penat masih terasa melayan tetamu yang bagaikan tidak
putus-putus menghadiri majlis perkahwinan mereka .
“ Mestilah . Kau ingat senang ke 10
tahun tahan rindu berjauhan dengan orang tersayang . Bila aku dah balik sini ,
kau pula buat rancangan bijak tu . Hah , sekarang ni kau jangan nak dengki
dengan aku . “
Daris hanya tersengih .
“ Ala , kalau ye pun rindu tahap gila
dekat adik aku . Takkan sampai tak boleh nak berenggang kut .” Daris mengusik
Zufar .
“ Biarlah , dah aku sayang dia . ” Zufar
memeluk pinggang Dhia , menarik isterinya itu rapat di sisi . Bagaikan tidak
mahu langsung di lepaskan .
“ Zufar ! Apa awak ni . Malulah kat
Abang Daris . “ Dhia sudah tersipu malu dengan gelagat suaminya itu .
“ Apa Zufar .. Panggil abang lah . Kalau
panggil Zufar lagi , siaplah Dhia ! ” ugut Zufar .
“ Eleh , apa abang boleh buat dekat Dhia
? ” Dhia mencebik .
“ Dhia cabar abang ke ? ”
“ Weh korang , nak gaduh pergi masuk bilik
la . ”
“ Abang Daris ! ” Dhia menjerit .
Setelah 10 tahun , akhirnya dia kembali .
Terima kasih Ya Allah kerana membuat penantianku ini tidak sia- sia .
Cerpen
ni mungkin tak best sebab saya sendiri tidak berpuas hati dengan hasil kali ni
. Apa pun , saya akan berusaha untuk hasil yang lebih baik selepas ini :D