Monday 14 May 2012

Ku Tunggu Kamu


         “ Dhia , surat tu kau dah bagi dekat dia ke ? ” tanya Farah kepadaku .
       
         “ Petang semalam waktu semua budak dalam kelas dia balik , aku masuk letak surat  bawah meja dia . Entah dia dah jumpa ke belum , aku pun tak tahu . ”

        Ahhh , malunya rasa bila teringat kembali mengenai surat itu . Surat cintaku kepada Zufar Ramadhan . Senior Tingkatan Lima di sekolah ku . Aku mula suka kepadanya ketika kami antara peserta Kem Motivasi PMR dan SPM 2011 . Kami diletakkan di dalam kumpulan yang sama . Perasaan itu semakin kuat apabila melihat sikap kepimpinannya yang mengagumkan ketika dia menjadi ketua bagi kumpulanku .Dia Tingkatan Lima dan aku Tingkatan Tiga . Sebagai junior perempuan , mempunyai perasaan begitu kepada senior  lelaki adalah salah . Jika di ketahui oleh senior perempuan , aku mungkin akan di boikot . Namun semuanya sudah terlambat . Aku sudah pun meletakkan surat itu di bawah mejanya . Mungkin dia juga sudah membacanya .

          “ Weh Dhia ! Tu Zufar ! ”

          “ Mana ? Mana ? ”

          “ Tu lah , tepi tangga tu . ”

          Ohhhh pujaan hatiku ! Sudahkah engkau mengetahui isi hatiku ?

         Tiba-tiba , Zufar mengalihkan pandangan ke arah Dhia . Terkedu Dhia di buatnya . Tetapi Zufar hanya memandang dengan pandangan tajam , kemudiannya dia kembali memberi tumpuan kepada rakannya .

        “ Eh Dhia , asal dia pandang kau pelik je ? ”

        “ Pandangan dia .. Nampak sangat dia tak suka dengan aku . Mungkin surat tu dah buat dia benci aku . Hmm… ”

          Aku tak buta . Aku boleh lihat pandangan matanya . Penuh dengan rasa meluat dan menyampah . Aduhh , sakitnya rasa bila cinta pandang pertama kena reject !

          “ Kau ni memandai je ! ” Marah Farah . Alahai kawan aku ni . Aku tengah sedih putus cinta , dia boleh pula marah aku !

          Zufar dan rakan-rakannya mula bergerak menuju ke kelas . Aku hanya mampu memandang  .

.........................................

         “ Dhia ! Dhia ! Aku dengar yang semalam Zufar  pindah ke London . ”

         “ Apa !!!! ”

         Pindah ???????

        “ Ye . Ayah dia di hantar kerja di sana . ”

        Sudahlah kena reject . Ini dia pindah jauh-jauh pula . London tu weh ! Jauhhh ! Sungguh , rasa macam nak nangis dah ni ! Tahan Dhia ! Tahan ! Kau kuat !

         Tokk ! Tokk ! Tokk ! Ketukan di pintu kelas 3 Biru menarik perhatian semua yang berada di dalam kelas termasuk Dhia dan Farah .

         “ Boleh saya berjumpa dengan Dhia Hannah ? ” Seorang murid dari kelas 5 Merah , meminta izin untuk bertemu denganku . Ada apa hal ye ? Aku keluar kelas untuk menemuinya  .

           “ Ye , ada apa nak jumpa saya ye ? ”

          “ Awak kenal Zufar Ramadhan kan ? ” Pertanyaanku berbalas dengan sebuah lagi pertanyaan . Zufar Ramadhan ? Semestinya aku kenal dan tak mungkin lupa ! Tapi apa kena mengena diriku dengan Zufar ? Jangan-jangan dia tahu pasal surat tu ? Alamak ! Takkan la !

        “ Hahhh , kalau riak muka dah gelabah semacam tu maksudnya kenal la . Hehehe . Nama saya Irfan . Saya ni sepupu Zufar . By the way , saya datang ni sebab nak sampaikan sesuatu dari Zufar untuk awak . Nahh . ” Irfan menyuakan satu sampul surat . Surat apa pula ni . Dari Zufar pula tu .

         “ Kenapa dia tak bagi sendiri ? ” Irfan hanya mengangkat bahu sebelum berlalu pergi .

         Dhia memasukkan surat itu ke dalam poket baju kurung sekolahnya sebelum mengangkat kaki kembali ke dalam kelasnya .

          “ Siapa tu ? Kenapa dia jumpa kau ? ” Haihh , penyibuk betul kawan aku sorang ni .

          “ Irfan . Ala, budak kelas 5 Merah . Dia datang nak sampaikan pesanan dari Cikgu Timah je .  CIkgu tanya , aku dah hantar ke belum kerja khusus Geografi . Aku cakaplah dah hantar pun tadi . Itu je ”

          “ Ouhh . Eh Dhia , hensem juga ye Irfan tu . Hehehe .. ”  Farah sudah tersengih bagai kerang busuk .

          Haihhhhh kawan aku ni ! Sempat lagi dia .

...............................................................

          Dhia segera masuk ke dalam bilik sesudah sampai ke rumah . Dia mengunci biliknya supaya tiada yang menganggu . Dhia mengeluarkan surat yang di beri Irfan ketika di sekolah pagi tadi .
                       
                        Assalamualaikum Dhia Hannah :) . Tujuan saya menghantar
                        surat ini adalah untuk membalas surat awak tempoh hari .
                        Ketika awak membaca surat ini , saya sudah tiada di bumi Malaysia
                        lagi . Awak sedih tak ? Kan awak kata awak suka saya ? Huhu :D .
                        Dhia , maafkan saya . Saya tak mampu untuk membalas perasaan
                        awak sekarang . Kita masih muda . Saya 17 tahun dan awak baru
                        15 tahun . Perjalanan kita masih jauh . Walau bagaimanapun ,
                        ada satu benda yang awak perlu tahu . SAYA JUGA SUKAKAN AWAK !
                        5 tahun lagi , saya akan kembali ke Malaysia . InsyaALLAH . Awak
                        tunggulah saya ( kalau sudi lah :( ) . Belajar elok-elok Dhia Hannah .
                        pastikan awak berjaya masuk ke Universiti . Saya di sini akan
                        sentiasa mendoakan awak .

                                                                                                Ikhlas daripada ,
                                                                                          Zufar Ramadhan Bin Zamil

         Dia juga sukakan aku ? Zufar .. Kenapa awak mengatakannya di saat awak sudah pergi jauh dari sisi saya . Kenapa awak buat saya begini ?

         Menitis lagi air mata Dhia ..
         
..........................................


           “ Oi cik Kak ! Berangan apa hah ? ” Tegur Lyana .

          “ Menganggu betul la mak cik ni ! Aku baru tengah syok berangan . Haiyaa ! ”

          Marlyana . Kami berkenalan dan mula berkawan rapat sejak kami sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia dan kini kami berdua sudah bergelar guru . Kami mempunyai minat yang sama . Iaitu ingin menjadi guru sekolah rendah . Guru sekolah rendah adalah cita-citaku sejak kecil lagi . Aku berbangga dengan apa yang telah aku capai .

          “ Kau la . Ada pula sempat berangan . Tengok dek anak murid kau , buat malu je .Eh , kau berangan apa tadi ek ? Share la dengan aku . Kata kawan .. ” Lyana sudah menaik-naikkan keningnya . Buruk sungguh !

          Apa yang aku berangan tadi ek ? Ahaaa .. tadi aku teringat si dia . Sudah 10 tahun berlalu sejak aku menerima surat itu . Zufar , awak penipu ! Awak kata 5 tahun . Tapi ini sudah 10 tahun ! Berapa lama lagi awak mahu saya tunggu ? Awak tahu tak menunggu itu sangat meletihkan . Di mana awak sekarang ?

          “ Haippp ! Aku tanya kau ni , apa kau berangan . Kau sempat lagi berangan lagi sekali ! Apa la kau ni . Hampeh tol ! ” marah Lyana .

           “ Hehehe . Janganlah marah . Ala , aku dok berangan-berangan nak jadi pengapit kau nanti . Bilalah kau nak kahwin ek ? ” . Hahh , ngusik makcik ni sekali sekala best juga .

           “ Apa aku pula . Kau lah kahwin dulu ! ” Lyana sudah tersipu-sipu . Cepat je blushing makcik ni kalau sebut pasal kahwin .

           “ Dah , dah ! Jom balik . Kejap lagi singgah dekat lori cendol hari tu ek . Aku teringin la pula . Jom , aku belanja . ”

           “ Belanja ? Itu yang aku nak dengar ! Jom cepat ! ” Lyana sudah berlari ke mejanya untuk mengambil beg tangan . Macam budak-budak !

          Zufar .. Cepatlah balik . Saya rindukan awak !

..............................................           

         “ Dhia tak nak ! ”

         Apa abah ni . Sebelum-sebelum ni tak pernah menyebut tanya aku pasal kahwin . Ini tiba-tiba je cakap minggu depan ada majlis pertunangan . Siapa yang nak bertunang ? Aku lah ! Siapa lagi . Tak mahu ! Tak mahu !

          “ Kamu tak ada pilihan Dhia . Kamu anak abah . Kamu kena dengar cakap abah . Abah tahu apa yang terbaik buat kamu . Kamu cuma perlu ikut je . ” Abah sudah mula menunjukkan riak seperti sedang menahan marah .

           “ Tapi abah … ”

           “ Sudah ! Abah tak nak dengar apa-apa lagi ! ”

          Dhia berlari masuk ke biliknya . Pintu di kunci . Lalu di capai HTC Sensation miliknya . Jarinya bergerak perlahan di skrin sesentuh itu . Mencari no Lyana . Dia ingin mengadu kepada sahabat baiknya itu . Tiba-tiba ..

           Tokk ! Tokk !

          “ Dhia ? Boleh abang masuk ? ” Kedengaran suara abang Daris meminta kebenaran untuk masuk ke bilikku .

        “ Masuklah . Pintu tak kunci . ”Dhia meletak kembali telefon bimbitnya ke atas meja solek .

       “ Adik kesayangan abang ni okey tak ? ”

       “ Abang rasa ? ”

       “ Adik masih tunggu Zufar ? ”

       Abang Daris memang mengenali Zufar kerana mereka berkawan ketika di sekolah menengah . Persahabatan itu terputus selepas Zufar berpindah ke London . Abang Daris juga tahu mengenai diriku yang menyukai Zufar . Juga mengenai surat itu . Tiada rahsia di antara aku dan abang Daris . Dia satu-satunya adik beradik yang aku ada .

       “ Abang , bila Zufar akan kembali ke Malaysia ? Dhia sudah penat menunggu . ” Dhia mengeluh perlahan .

        “ Kalau macam tu , Dhia terima lah cadangan abah tu . ”

        “ Maaf ye . Abang tak nampak ke tadi macam mana cara abah cakap . Abang , itu bukan cadangan . Itu paksaan ! ” Dhia mencebik penuh geram .

        “ Adik , dengarlah cakap abang . Abah tu cuma mahukan yang terbaik buat anak-anak dia . Jangan melukai hati abah hanya kerana seorang lelaki yang entah di mana dia berada . Itu perbuatan sia-sia . Dengar cakap abang .”

          Abang Daris berlalu pergi setelah melihat aku hanya mendiamkan diri .     
   
………………………….

          “ Dhia , tu bakal mak mertua kamu nak masuk dah tu ” . tegur Puan Aisyah apabila melihat anaknya hanya termenung .

          Hmmm … Betul ke aku nak bertunang ni ? Ya Allah . Bantulah aku . Sesungguhnya ini bukanlah keinginanku .

         “ Wahhhh , cantiknya bakal menantu saya ni “ . Puji seseorang yang entah bila muncul di bilik ku . Ini kot  ‘ bakal mak mertua ‘ aku .

          Puan Rohani mengeluarkan cincin dari sebuah kotak badul merah kecil . Lalu menyarungkannya di jari halus Dhia . Selamat sudah Dhia bergelar tunangan orang !

……………………………..

        Majlis pertunangannya sudah tamat . Tetamu sudah pulang . Hanya tinggal keluarganya yang sedang bergembira di atas pertunanganku ini . Sampai hati mereka ! Tidakkah mereka mengetahui bahawa aku hanya terpaksa . Aku harus pergi dari sini !

        Dhia mengambil beg tangannya dan mengeluarkan kunci kereta . Dia segera berlalu keluar rumah menuju ke kereta .

        “ Dhia ! Kamu nak pergi mana tu ?! ” Nyaring suara Encik Hilman . Marah barangkali melihat anaknya mahu pergi begitu sahaja .

       Tetapi , Dhia langsung tidak memperdulikannya . Dia terus masuk ke dalam kereta . Menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi .

          “ Abang , tak apa kah kita biarkan dia pergi ? ” ujar Puan Aisyah . Hairan juga dia , tadi suaminya yang beria-ia marah . Ini diam je .

        “ Kita pun salah . Biarkanlah dia tenangkan diri dulu . “

…………………………

           “ Arghhhhh , leganya dapat lepas dari rumah tu .” Dhia menjerit kuat di dalam kereta .

          Ada ke patut paksa-paksa aku . Macam la aku dah tua sampai teruk sangat kena paksa kahwin . Ada jodoh tak ke mana la . Tak perlu la nak paksa-paksa . Entah dengan siapa-siapalah yang abah nak kenenkan jadi suami aku .

           Tiba-tiba …

          Krettttttttt …. Bummmmmm !!!!!

          Kereta Honda Jazz yang di naiki Dhia telah di langgar sebuah van . Dhia sudah tidak sedar diri .

………………………………….

         “ Dhia … Dhia … Dhia dah sedar ke ? ”

         “ Dhia … ”

         Aku terdengar suara seseorang memanggil-manggil namaku . Tapi badan aku terasa sakit .

        Dhia membuka matanya perlahan-lahan .

        “ Abah … ibu ….. “ Terdengar suara kecil Dhia .

        “ Ye Dhia … Kami ada di sini “ .

        “ Pakcik , Makcik .. Biar saya periksa dulu keadaan Dhia . “ Terdengar satu suara datang dari arah belakang Abang Daris .

         Suara itu ! Tak mungkin !

        Dia pantas membuka matanya secelik-celik yang boleh . Ingat melihat pemilik suara itu .

       “ Zufar ! ” Spontan Dhia menjerit kecil tanpa menyedari keadaan dirinya yang masih sakit .

      “ Dhia , duduk diam-diam . Saya nak periksa awak dulu . “ Tegur Zufar . Dia dapat melihat ada air yang mengalir dari mata bundar Dhia . Tetapi dia hanya diam . Keadaan Dhia lebih penting waktu ini . Dia perlu memastikan dahulu keadaan Dhia .

          “ Okey dah . Dhia dah okey . Cuma badan-badan dia saja yang luka . Tidak ada apa-apa masalah lain ” . Semua sudah tersenyum .

          “ Alhamdulilah ! ”

          “ Zufar … ” Dhia memanggil namanya dengan nada yang perlahan . Sayu …

          “ Dhia , sebenarnya Zufar ni lah tunang kamu . “ Encik Hilman akhirnya memberitahu Dhia mengenai siapa ‘tunang’nya .

          “ Apa ?! ” Dhia tidak mampu menutup rasa terkejutnya .

          “ Apa semua ni . Dah lah . Tak lawak pun! ” Dhia sudah dipenuhi perasaan marah .

         “ Betul Dhia , Sayalah tunang awak . “ Zufar cuba meyakini Dhia .

        “ Tapi kenapa ? Kenapa tiada siapa yang pernah beritahu Dhia tentang siapa tunang Dhia . Abang Daris , abang tahu pasal Zurfan dan Dhia . Tapi kenapa abang tak beritahu Dhia yang Dhia akan di tunangkan dengan Zurfan . Dan awak Zufar ! Setelah 10 tahun awak pergi . Tiba-tiba awak muncul depan saya sebagai tunang saya ? Apa semua ni ?! “ Arghhhh , sampai hati mereka permain-mainkan hati aku . Tahukah mereka betapa sakitnya hati ini menanggung semua rasa ini .

          “ Biar saya jelaskan . Pada umur saya 17 tahu . Saya telah berpindah ke London atas urusan kerja ayah di sana . Sepatutnya saya akan berada di sana untuk 5 tahun . Awak tahu itu kan ? ”

           Dhia mengangguk perlahan .

           “ Waktu umur saya 19 tahun . Saya sambung study  di Cardiff University . Bila umur saya 25 , saya perlu kerja di hospital sana untuk 2 tahun . Then baru boleh bertukar . And now , here I am . Berdiri di depan awak . ”

          “ Bila awak balik Malaysia ? ” Dhia bertanya .

          “ Bulan lepas . ”

        “ Kenapa awak tak datang jumpa saya terus ? ”

        “ Hah , Zufar . Yang tu biar aku yang cerita kat dia “ Abang Daris bersuara .

         Semua mula diam memberi perhatian kepada Daris .

        “ Lepas Zufar balik Malaysia , dia datang rumah kita jumpa abah dan ibu dan kebetulan hari tu abang balik kampung . Dia datang untuk meminang Dhia . Kami semua sudah setuju . Tapi abang rasa macam keadaan ni simple sangat . Jadi , abang buat satu rancangan gila dan tak sangka mereka semua setuju . Rancangannya adalah suruh Dhia bertunang dengan someone yang Dhia rasa Dhia tak kenal . Mula risau juga kalau Dhia tanya siapa lelaki yang bakal di tunangkan dengan Dhia tu . Tengok-tengok , Dhia tak tanya pun . Abang tak sangka yang akhirnya ini yang jadi . So , abang nak minta maaf dekat Dhia pasal apa yang telah terjadi .” Daris menjelaskan apa yang telah terjadi . Dia rasa bersalah di atas apa yang berlaku kepada Dhia.

      “ Ouh . Ni semua kerja abang la ye ! ” Tak sangka ini semua kerja Abang Daris . Boleh pula dia terfikir pasal rancangan bodoh ni .

            “ Maaf ye dik . Ala , Dhia kan baik . Comel lagi tu . Maafkanlah abangmu ni . ” Daris sudah mula mencebik kat mukanya tanda mengharapkan kemaafan dari adiknya .

          “ Ye lah , Dhia maafkan . ” Semua sudah tersenyum melihat gelagat dua beradik itu .

          “ Abah … ” Dhia memanggil abahnya .

          “ Ye Dhia ? ”

          “ Majlis kahwinnya bila bah ? ”

         “ Tak sabar nampak ? “ Encik Hilman mengusik anaknya . Zufar hanya tersenyum .
 
………………………………………………………………

          Kompang di palu …
          Pengantin baru …
          Duduk bersanding ..
         Tersipu malu ..

        “Haih pengantin baru . Dari mula majlis sampai la semua tetamu dah balik , tak berenggang langsung .” Daris mengusik pasangan raja sehari .

         Zurfan dan Dhia sudah selamat menjadi suami isteri hari ini . Penat masih terasa melayan tetamu yang bagaikan tidak putus-putus menghadiri majlis perkahwinan mereka .

         “ Mestilah . Kau ingat senang ke 10 tahun tahan rindu berjauhan dengan orang tersayang . Bila aku dah balik sini , kau pula buat rancangan bijak tu . Hah , sekarang ni kau jangan nak dengki dengan aku . “

         Daris hanya tersengih .

        “ Ala , kalau ye pun rindu tahap gila dekat adik aku . Takkan sampai tak boleh nak berenggang kut .” Daris mengusik Zufar .

       “ Biarlah , dah aku sayang dia . ” Zufar memeluk pinggang Dhia , menarik isterinya itu rapat di sisi . Bagaikan tidak mahu langsung di lepaskan .

       “ Zufar ! Apa awak ni . Malulah kat Abang Daris . “ Dhia sudah tersipu malu dengan gelagat suaminya itu .

       “ Apa Zufar .. Panggil abang lah . Kalau panggil Zufar lagi , siaplah Dhia ! ” ugut Zufar .

      “ Eleh , apa abang boleh buat dekat Dhia ? ” Dhia mencebik .

      “ Dhia cabar abang ke ? ”

     “ Weh korang , nak gaduh pergi masuk bilik la . ”

    “ Abang Daris ! ” Dhia menjerit .

     Setelah 10 tahun , akhirnya dia kembali . Terima kasih Ya Allah kerana membuat penantianku ini tidak sia- sia .




Cerpen ni mungkin tak best sebab saya sendiri tidak berpuas hati dengan hasil kali ni . Apa pun , saya akan berusaha untuk hasil yang lebih baik selepas ini :D

1 comment:

  1. Rb88 | Best Online Betting | Sportsbook and Online Casino
    Rb88.com | best online betting bk8 | Sportsbook and Online rb88 Casino Sportsbook and Online happyluke Casino Sportsbook and Online Casino. Rb88.com.

    ReplyDelete