Nama
aku Lina Humayraa . Kebanyakan orang kata perempuan yang ber nama Humayraa ni
cantik . Ye la kan , maksud Humyraa tu gadis berkulit putih kemerah-merahan .
Aku setuju sangat ! Sebab aku memang cantik pon . Alahai , masuk bakul angkat
sendiri pula aku ni !
Tapi rupa paras
aku ni sedikit pun tidak membantu aku . Setiap kali aku ada kekasih , pasti
tidak akan bertahan lama . Semuanya kerana mereka telah terjatuh hati pada
orang yang lebih cantik dari aku . Terbukti sudah yang selama ni aku hanyalah
syok sendiri . Tak apalah , biarlah aku syok sendiri . Yang penting aku happy
dan tak ada yang kacau aku . betul tak ? betul tak ?
“ Cik !!!! Ke
tepi !!!! " terdengar suatu suara
nyaring .
Terkejut aku mendengar jeritan seseorang . Mengelamun punya
pasal sampai tak sedar rupa-rupanya ada
sekumpulan orang sedang berlari menuju ke arahku .
“ Arghhhhhh
!!! " sudah terlambat . Seorang dari kumpulan yang berlari-lari tu telah
melanggarku , menolakku sehingga jatuh sekaligus menindih diriku . Ya Allah ! dah la lelaki !
Kedua-duanya
terpaku hingga tak sedar mereka masih terbaring di lantai dan mereka juga tidak
sedar , berpuluh-puluh pengunjung Sunway Carnival Mall sedang ternganga melihat
keadaan mereka .
Dua saat
berlalu .. Lima saat berlalu .. Tujuh saat berlalu .. Sepuluh saat dan ketika
itu baru mereka tersedar dan bangun . Masing-masing muka bertukar merah . Tiba-tiba
..
“ Sayang !
sayang pergi mana ? jenuh Qai cari sayang tadi . " selamba lelaki tu berkata .
Qai ? cari ? SAYANG ?????!!
“ sayang ?
Qai , siapa perempuan ? " Tanya salah seorang dari yang ramai-ramai merempuhku
tadi .
Baru aku perasan yang dalam ramai-ramai tu semua perempuan
kecuali seorang je lelaki iaitu lelaki yang beru je panggil aku sayang tadi .
“ She’s my
girlfriend . Why ? Do you have any problem ? “ . Lagi … mamat ni buat drama apa
pula ni . Bila masa aku jadi girlfriend dia ? Kenal pun tak !
“ Darling !
How could you do this to me ! Hey , perempuan ! Qaiser ni boyfriend
aku tau ! Aku tau la taste dia . Dia tak minat perempuan macam kau ni .
Dah macam minah kampung ! Bertudung berbaju kurung bagai ! “ . terbeliak mata
Lina mendengar kata-kata perempuan tu .
Ewahh , minah
ni dah lebih ni ! Dia kata aku minah kampung ? Sedap mulut dia laser aku . Meh
sini dengar mulut aku yang comel ni berkata-kata pula .
“ Cik , nama
cik apa ? “ dengan penuh hemahnya aku bertanya kepada minah laser tu .
Kawan-kawannya dan lelaki yang kononnya bernama Qaiser tu hanya membuat muka
pelik bila aku tanya soalan tu . Apa yang pelik ? Tanya nama je pun kan ?
“ Nama aku
Khatty “ . Minah Laser berkata dengan bangga . Hidung pun dah kembang semacam
je minah tu . Nama gitu pon nak bangga ke ? Pelik betul orang zaman sekarang ni
.
“ Cik Khatty ..
or should I call you Cik Khatijah ? “ Terkedu minah laser tu bila aku sebut
Khatijah . Dah merah-merah muka dia . Agaknya , betul la tu nama dia Khatijah .
“ Kau kata aku
ni minah kampung ? Thanks . Aku bangga sangat dengan gelaran minah kampung tu .
Bertudung ? Aku beragama Islam , mestilah aku pakai tudung . Aku berbangsa
Melayu , mestilah aku suka pakai baju kurung . And you know what , I’m proud of
who I am . Dan kau langsung tak layak nak komen , nak kutuk mahupun nak hina
aku . Just look at yourself . Dengan rambut berblonde , dengan baju yang
terdedah sana sini , dengan skirt yang .. ermm , kau tau la kan dah kau yang
pakai . Kau Islam kan ? Tak rasa segan ke , sebab for sure kau tau kan berdosa
besar wanita mendedahkan aurat apatah lagi di hadapan khalayak ramai . Lagi
pula kau nak kutuk dan hina cara pemakaian aku ? shame on you .” haaa , amek
kau ! kena se das dengan aku . dah macam nak nangis dah minah ni aku tengok .
pasti tak pernah kena tegur sebelum-sebelum ni .
“ darling ! you
tengok perempuan ni ! suka-suka hati je kata kat i macam tu ! “ kata Khatty sambil menghentak-hentakkan
kakinya di lantai . dah macam budak-budak minta aiskrim dekat mak je .
“ apa nya ? betul la apa sayang i ni kata .
You tu memang patut di tegur . Lepas ni tolonglah jangan nak kejar-kejar I lagi
. I tak suka . Faham ! Jom sayang . “ Qaiser memberi amaran kepada Khatty
sebelum menarik tangan Lina . Terkejut Lina dibuatnya apabila tangan kasar
Qaiser selamba memegang dan menarik tangannya . Lina cuba menarik kembali
tangannya , tetapi genggaman lelaki yang tidak di kenalinya itu terlampau kuat
.
Eh , mamat ni !
Suka suki dia je pegang tangan aku . Tak pernah ada lelaki yang bukan muhrim
pegang tangan aku ni tau !
Sedar-sedar je
kami dah masuk restoren KFC . Dia membawa aku ke tempat duduk yang lebih
tersorok . Setelah duduk barulah dia melepaskan tangan aku .
“ Awak ni
kenapa ? Tarik-tarik tangan orang . Kalau ye pun awak dah terbiasa pegang
tangan perempuan lain . Tak bermakna saya pun termasuk dalam golongan tu ! “ .
Ini lelaki memang bikin gua panas saja !
“ Saya minta
maaf sangat-sangat . Nama saya Qaiser . Ermm , saya nak minta maaf sebenarnya sebab
terlanggar awak sampai kita dua boleh jatuh macam tadi . Dan saya juga nak
minta maaf kerana kelancangan mulut Khatijah tadi . “ .
“ Eh , nama
dia memang Khatijah ke ? “ Tak sangka pula aku teka betul .
“ Ye , memang
nama dia Khatijah . Sebagai tanda meminta maaf , saya nak belanja awak makan .
boleh ? “
Wah ! Mak aku
kata rezeki jangan di tolak , musuh jangan di cari . Tapi maaf ye Encik Qaiser
.
“ Terima kasih
untuk niat baik awak nak belanja saya tu . Tapi mak saya kata jangan terima
apa-apa dari orang yang tidak di kenali . Jadi saya minta maaf . Jangan risau ,
saya faham dan saya dah maafkan awak dan girlfriend awak tadi tu . So , saya
minta diri dulu ye . “
“ Tapi cik ….
“ . Lina terlebih dahulu bangun meninggalkan Qaiser sebelum sempat dia
menghabiskan kata-kata .
Arghhh ,
sudahlah . Buat apa nak panjang-panjangkan cerita . Bukan aku kenal dia pun .
Cukuplah sekadar aku dah maafkan dia . Habis cerita . Lagi pun tampan juga
mamat tu . Muka ada mirip Daniel Henney . Buatnya aku tersangkut nanti parah .
Jangan main-main Lina , minggu depan kau dah nak kawin tau ! Ye , kawin .
Dengan siapa ? Entahlah . Aku pun tak tahu . Dua bulan lepas , aku di kejutkan
dengan berita majlis pertunanganku yang aku sendiri tak tahu apa-apa tentangnya
. Siapa tunangku ? Aku tak tahu . Sampai sekarang aku tak tahu . Biarlah ,
tunang aku tu sendiri tidak pernah cuba
berjumpa dengan aku . Nampak sangat dia tak setuju dengan rancangan perkahwinan
yang di rancangan oleh kedua belah pihak keluarga kami .
...................................
“ Aku terima nikahnya Lina Humayraa binti Lateef dengan mas
kahwinnya enam ratus empat ringgit tunai . “
Masih
terngiang-ngiang jelas suara Qaiser melafazkan akad pagi tadi . Qaiser Idlan
Bin Qadir , sah menjadi suamiku . Qaiser ? Ye , dia lah orang yang telah aku
jumpa di Sunway Carnival Mall pada minggu lepas . Di mana berlakunya peristiwa
jatuh hingga terbaring di antara aku dengan dia . Teringat kembali pagi tadi
ketika acara pembatalan air sembahyang . Terkejut benar apabila melihat si
suami yang berada di hadapan mata adalah Qaiser yang di ketemui pada minggu
lepas . Jelas riak kedua-dua mempelai muka yang agak terkejut . Bukannya dia
dah ada kekasih ke ? Tak apa , masih ada banyak masa nak korek rahsia .
“ Lina ,
sudah-sudah la tu basuh pinggan mangkuk . Apa pengantin buat kerja pula . Pergi
masuk bilik . Suami kamu dah tunggu tu .” bisik ibu perlahan . Apa la aku ni ,
basuh pinggan pun masih sempat nak berangan . Bilik ? Tak mahu ! Aku rajinkan
diri main air kat dapur ni pun sebab nak elak dari masuk bilik la .
“ Tapi ibu .. “
“ Lina , ibu
faham Lina masih tak biasa dengan semua ni . Cik suami tu pun Lina tak kenal
kan . Tapi Lina tak boleh macam ni . Dia suami Lina , Lina tak boleh lari okey
. “ Alamak ! bila ibu dah buat suara lembut mendayu macam ni , memang kena la
ikut .
“ Baik ibu . “
“ Assalamualaikum . “ Gementar
rasanya bila berdua macam ni dalam bilik
yang baunya , waduhh ! wangi banget sihh !
“ Waalaikumsalam . Hah , muncul dah pun .
Dari tadi abang tunggu sayang . “
Gulpp ! Abang ?
Sayang ?
“ Aku ada benda
nak cakap dengan kau ni . “
Aku kau pula !
Sihat ke tidak suami aku ni ?
“ Err .. Apa ? “
Lain macam je suami aku ni . Jangan-jangan dia nak ceraikan aku apa ? Tidakk !
Ibu , Lina masih muda untuk jadi janda !
“ Aku nak kau tahu
, aku terpaksa berkahwin dengan kau . Depan family kita lah suami isteri yang
paling bahagia dekat dunia ni . Tapi belakang family , maaf . Aku tak mampu
layan kau lebih-lebih . Aku tak nak beri kau sekecik kuman pun harapan . Aku
cintakan perempuan lain . Aku harap kau faham . Okey la , aku nak tidur . Good
night ! “
Lina bangun
menuju ke arah bilik air . Dia mengunci pintu bilik air lalu terduduk .
Perlahan-lahan mengalir air matanya . Ya Allah , kenapa aku yang perlu
menanggung semua ni ? Sakitnya hati ini bila tidak di terima oleh suami sendiri
. Lebih menyakitkan apabila aku sebenarnya mencintainya . Ya , aku telah jatuh
cinta kepada suamiku setelah dia melafazkan akad . Bagaimana boleh jadi seperti
itu ? Kuasa tuhan . Siapalah aku untuk
menolak kehendak Allah . Ya Allah , kau berikanlah aku kesabaran dalam
menjalankan tanggungjawabku sebagai isterinya .
............................................................
“Wah !
Pengantin bangun awal la hari ni . “ aduhh . Malunya ! Adik aku seorang ni la ,
time macam ni la dia nak mengusik pun .
“ Luthfi ,
jangan usik kak ngah dengan abang ngah tu . Hish budak ni ! Ibu tak nak bagi
makan baru tau ! “ Ibu sudah mula mengugut Luthfi , satu-satunya adik yang aku
ada .
“ Tak apa
ibu , Qai tak kisah pun . Tengok si kakak pun Qai dah tahu macam mana nakalnya
adik dia . “ Eh , suamiku aku ni tengah cakap pasal siapa pula ? Semua orang
yang berada di ruang tamu ketika itu tergelak mendengar kata-katanya . Eh ,
kejap ! Dia cakap pasal aku la kan ? Aduh , sempat dia kenakan aku depan
keluarga aku sendiri !
“ Ayah , ibu
.. Qai ada perkara yang nak beritahu dekat ayah dan ibu . “ Semua berhenti
ketawa apabila mendengar bicara itu . Nak beritahu apa ye Qaiser ni . Semalam
tak ada pula dia kata ada benda yang di beritahu kepada ibu dan ayah aku .
“ Saya ada
sebuah rumah di kawasan Bertam . Saya harap , ibu dan ayah izinkan saya membawa
Lina tinggal bersama saya di sana . “
Pindah ? Tak
nak ! Aku nak tinggal dengan ibu dan ayah . Tak nak tinggal dengan Qaiser !
Tinggal berdua dengannya memang seronok , itu pun kalau dia turut menyayangi
aku seperti mana aku menyayanginya . Tapi , kenyataannya tidak ! Ibu , ayah ..
tolonglah jangan izinkan .
“ Mestilah
boleh , Lina kan sudah menjadi isteri kamu . Dia berada di bawah tanggungjawab
kamu . Bawalah dia ke mana jua kamu mahu . Asalkan kamu berjanji dengan kami
yang kamu akan menjaganya dan tidak sia-siakannya . Boleh kamu berjanji dengan
kami , Qaiser ? “
“ Saya
berjanji ibu , ayah . Saya akan menjaganya dengan baik dan tidak akan sesekali
mengsia-siakannya .
.......................................................
Ini ke
rumahnya ? Gila punya besar ! Duduk dua orang je pun . Takut pula aku tengok
rumah ni . Ada ala-ala rumah berhantu yang aku tengok dalam filem tu .
Astaghfirullah ! Semoga di jauhkan .
“ Awak , bilik
saya yang mana satu ye ? “ . Tak sabarnya nak masuk bilik , then tidur
lama-lama . Penat mengemas barang malam semalam masih terasa . Bilik saya ? Ye
la , bilik saya . Tak mungkin bilik kita . Sah - sah waktu malam pertama lagi
dia mengaku dia cuma terpaksa berkahwin dengan aku .
“ Hah ? Bilik
awak ? Err , sana tu . “ Jari telunjuknya di tuju ke arah sebuah bilik yang
berada berhampiran dengan dapur .
“ Okey , saya
masuk bilik dulu ye . Nak kemas barang dan berehat kejap . Pukul 12 nanti saya
bangun siapkan makan tengah hari kita ye “ . Senyuman manis diberi kepada si
suami sebelum melangkahkan kaki menuju ke bilik . Tanpa Lina sedari , Qaiser
merenung lembut pergerakan isterinya itu . Apakah maknanya itu ? Entah lah ,
hanya Qaiser yang tahu .
“ Luasnya
bilik ni . Katil ada , set ! Almari ada , set ! Meja solek ada , set ! Hanya
itu yang aku perlukan . Mari mulakan sesi mengemas barang . Kita mulakan dengan
mengemas barang solek , Let’s go ! “ gumam Lina sendirian .
Dia membuka setiap laci yang berada di meja solek itu . Pergerakannya
terhenti apabila terjumpa sesuatu . Eh , gambar perempuan lah ! Siapa ya dia ni
. Cantiknya . Jauh beza dari aku .
Inikah perempuan yang di cintai Qaiser . Padanlah , sama cantik sama
padan . Hati Lina berkata-kata . Senyap , tanpa suara .. Empangan air matanya pecah . Mengalirlah air
mata si isteri sekali lagi .
....................................
Sudah
sebulan aku bergelar isteri kepada Qaiser Idlan Bin Qadir . Tapi kami berdua
masih sama seperti dahulu . Terasa
bagaikan aku ni hanyalah teman serumahnya . Dia tidak pernah menyakitiku secara
fizikal . Tetapi , dialah yang paling banyak menyakitiku dari segi mental .
Isteri mana tak berasa sedih dan kebingungan kalau dah suami sendiri sentiasa bersikap dingin . Selama sebulan
juga aku dan dia tidak pernah tidur di bilik yang sama kecuali ketika balik ke
kampung .
Qaiser juga
kerap kali bekerja hingga ke lewat malam . Adakah dia cuba mengelak dari bersua
muka denganku ? Begitu kuat sekalikah perasaan bencinya kepadaku ? Ya Allah ,
lembutkanlah hati suamiku untuk menerima diri ini . Aku benar-benar memohon
kepadamu Ya Allah . Makbulkanlah doa ku . Andai kata hayatku tidak panjang ,
benarkanlah aku merasai walau sedikit pun kasih sayang dari suamiku .
......................................
“ Assalamualaikum Cik Lina Humayraa .
“
Waalaikumussalam . Eh , Haikal ! Buat apa dekat sini ? “ . Haikal , rakan
seperjabat dengannya muncul bersama pinggan berisi makanan .
“ Weh ,
soalan darjah berapa kau tanya ni . Kau tau kan kita ada dekat restoren
sekarang ? Kau nampakkan makanan yang aku tengah pegang ni ? Aku datang nak
makanlah ! Boleh join ? “
“ Ala ,
aku saja test kau tadi . Eh , boleh je . Apa tak bolehnya . Silakan . “
Masing-masing makan dengan senyap . Setelah selesai semuanya , barulah
mereka mula berborak . Masa masih banyak , boleh berborak dulu ni .
“ Lina ,
macam mana dengan perkahwinan kau . Kau bahagia ? “ Ish ! Haikal ni . Soalan
macam ni la yang nak di tanya . Tak suka betul .
“ Mestilah
aku bahagia . Best tau kahwin ni . Kau pun kahwin la . Nanti baru kau tau
betapa bahagianya bila dah berkahwin . “ Ye lah , bahagialah sangatkan . Bab
kelentong , Lina memang nombor 1 !
“ Kau jangan
nak tipu la . Aku tengok kau pun aku dah tahu kau tak bahagia . LIna , aku
cintakan kau . Kau mintalah cerai dengan Qaiser . Aku akan terima kau dan
bahagiakan kau . Please Lina .. “ Ya Allah ! Haikal ni dah kenapa ?
“ Lina ,
dengar tak ni sayang ? I really love you . Please be mine ! “ Haikal sudah menjalarkan
tangan menyentuh lembut pipi LIna . Segera Lina menepis tangan Haikal .
“ What are
you doing ! Tolong jangan buat aku benci kau ! “ Suka hati dia je sentuh aku .
Aku ni milik Qaiser tau ! Dia je boleh sentuh aku gitu . Bukan kau !
Tanpa mereka sedari , Qaiser sedang
memerhati mereka . Di sebabkan Lina duduk membelakanginya , Qaiser tidak nampak
yang Lina sedang memarahi lelaki yang menyentuh pipinya itu . Di mata Qaiser ,
Lina Humayraa adalah pesalah !
Tokkkkk ! Tokkkk !
Haih , siapalah yang ketuk pintu bilik aku ni macam
nak pecahkan . Siapa lagi kalau bukan Qaiser ? Nak mandi pun tak senang .Macam
mana ni , baju tak pakai lagi . Bertuala je ni . Kalau pakai baju , takut
lambat pula buka pintu . Nanti dia marah pula . Alahhh , bertuala pun bertuala
lah . Lagipun , dia kan suami aku . Tak berdosa dia tengok aku macam ni . Arghhh , apapun taka pa lah .
“ Ye .. ye ..
Datang ni ! “
Krittttt . .
Pintu sudah di buka . Kelihatan suaminya sedang merenungnya dengan pandangan
yang tidak dapat di tafsirkan .
“ Errr .. Maaf
lambat . Tadi tengah mandi . Awak perlukan apa-apa ke ? “ Dia tidak membalas
soalanku . Sebaliknya dia turut masuk ke dalam bilikku . Menutup pintu bilik .
Menguncinya .
“ Aaawak ,
kalau perlukan apa-apa boleh tak tunggu di luar sebentar ? Saya nak pakai baju
dulu . “ Qaiser kelihatan lain sekali malam ni .
“ Siapa lelaki
petang tadi ? “
“ Errr ..
Siapa ? “
“ Kau jangan
nak buat tak tau la ! Lelaki yang pegang-pegang pipi kau tadi la ! “ Gulppp ! Dia ada di situkah ?
Dia nampak ?
“ Awak , bukan
salah saya . Dia yang sentuh . Saya dah tepis pun tangan dia . Bukan salah saya
, awak . Jangan salah faham . “ Pertama kali aku melihat Qaiser marah begini .
“ Kau faham tak
soalan aku apa ?! Aku tanya dia siapa ! Siapa ?! “ . Sekali lagi Qaiser
meninggikan suara .
“ Dia .. dia
rakan sepejabat saya . “ Lina sudah mula teresak-esak .
“ Berani dia
sentuh kau . Kau pun suka lah kan . Kau sedar tak kau tu isteri aku ! Hanya aku
yang boleh sentuh kau ! “
“ Awak , bukan
salah sa . . “ . Bibirnya telah ditutup oleh bibir suaminya sendiri . Buat
pertama kali , ciuman dari si suami . Tapi , sayang . Ciuman yang penuh dengan
kemarahan .
“ Kau isteri
aku ! Kau hak aku ! Aku boleh sentuh kau lebih dari lelaki tu sentuh kau ! “
Qaiser menolak kasar isterinya ke atas katil . Tuala yang di pakai tadi
, sudah hilang ke mana . Tangisan .. Rayuan .. Semuanya tidak memberi kesan
kepada Qaiser . Yang penting , keinginannya jiwa lelakinya dapat diteruskan .
Dia tak mampu menahannya lagi . Akhirnya , Lina sudah menjadi isteri dari erti
sebenar .
.................................
Bukkkk !
Satu tumbukan melekat di pipi kanan Haikal .
“ Kau ni
apesal tetiba tumbuk orang ! Nak mati awal kea pa ?! “ marah wajah Haikal
menahan marah .
“ Mana kau
sembunyikan isteri aku ! Cakap ! “ Qaiser menggenggam tangan . Erat . Seperti
bersedia ingin melepaskan lagi sekali tumbukan .
“ Isteri ?
Maksud kau Lina ? “
“ Aku cuma
ada satu isteri la mangkok ! Lina la ! Siapa lagi ! “
“ Lina hilang
? Kau dah buat laporan polis ke belum ? Eh , kejap-kejap . Kenapa kau cakap aku
sembunyikan isteri kau ? Aku pun baru tau dari kau “ . Haikal kehairanan . Bila
masa aku culik isteri dia ?
“ Kau jangan buat-buat bodoh la . Macam aku tak
tau korang bercinta belakang aku . Kalau dia tak ada dengan aku . For sure ,
dia lari pergi dekat kau kan ? “ senyuman sinis terbit di bibir nipis Qaiser .
Bukkkk !
Haikal pula yang menumbuk Qaiser .
“ Cakap jangan
sebarang cakap ! Yes ! Memang aku cintakan dia , Tapi dia , sikit pun tak ada
perasaan yang sama macam aku . Rasanya , aku dah tau apa yang terjadi sekarang
. Kau ingat kami bercinta . Kau jadi sakit hati . Then , kau lepaskan kemarahan
kau dekat Lina . Lina pun lari dari kau . Betul kan ? “ Haikal mula sakit hati dengan sikap Qaiser .
“ Apa kau
merepek ni . Eh , kau jangan dolak dalih la . Aku nampak apa jadi dekat
restoren Idaman hari tu . Aku tak buta
la . Aku nampak kau pegang-pegang pipi isteri aku ! “
“ Kau nak tau
lepas tu dia cakap apa ? Dia kata dekat aku ‘ What are you doing ! Tolong
jangan buat aku benci kau ! ‘ . Itu ke maksud kau yang kami sedang bercinta ? “
Gulppp ! Betul
ke ? Maksudnya , aku lah ni yang salah faham ? Ya Allah ! Lina , abang minta
maaf sayang !
“ Aku malas nak
kata apa . Tengok riak muka kau pun aku dah faham . Kau dengar sini baik-baik
Qai . Aku nak kau cari Lina sampai dapat then selesaikan apa yang patut . Dan
aku akan undur diri dari masalah cinta tiga segi ni . Tapi kalau aku jumpa dia
dulu , aku akan pastikan dia jadi milik aku ! “ ugut Haikal .
“ Eh , kau apehal pula ! Dia isteri aku dan
selamanya isteri aku ! Aku takkan lepaskan dia ! “ merah padam muka Qaiser
menahan geram medengar ugutan Haikal .
“ Aku
main-main je la bro . Hati dia hanya ada
rasa cinta untuk suami dia iaitu kau . Tak mungkin ada ruang untuk lelaki lain
. Aku tau tu . Dan aku harap , kau hargailah dia . Dia benar-benar cintakan kau
.” senyuman kecil , ikhlas dari Haikal .
Haikal
meninggalkan Qaiser yang kelihatannya sedang kebingungan . Pandai-pandai kau
lah Qaiser . Kau yang cari pasal , kau lah selesaikan . Lina bukan milik aku .
Jadi aku tak akan masuk campur kecuali keadaan memaksa aku berbuat demikian .
Qaiser terdiam
. Cinta ? Dia cintakan aku ? Lina cintakan aku ? Alhamdulilah . Ingatkan aku bertepuk
sebelah tangan . Mana ye aku nak cari dia . Haaaa ! Aku dah tau !
...............................................
“
Assalamualaikum “
Muncul Puan
Halina di muka pintu rumah .
“
Waalaikumsalam , hah Qaiser . Kamu rupanya , cari Lina ke ? “
“ Eh , betul
lah dia ada di sini ? “ . Lina ada di sini ? Alhamdulilah !
Alamak , LIna
suruh aku jangan beritahu Qaiser yang dia ada di sini . Habislah , kantoi !
Lina , ibu minta maaf ye .
“ Erm .. Ye .
Dia ada di bilik . Pergilah masuk . Dia mungkin dah tidur . “ Puan Halina kemudiannya masuk ke dalam
rumah kembali .
Tidur ? Betul
juga . Ni dah pukul 11 malam . Nak buat macam mana , dah aku rindu gila kat
sayang aku tu . Angau dah ni !
Tangan
lembut Lina menepis-nepis sesuatu yang sedang bermain-main di pipinya . Antara sedar dan tidak sedar .
Gangguan itu membuat dia mula membuka mata perlahan-lahan . Masih di kuasai
mengantuk . Dia memegang gangguan yang berada di pipinya . Eh , kejap !Mcam
tangan orang je ni ! Segera dia mencelikkan mata . Di hadapannya , ada seorang
manusia yang sedang tersenyum memandangnya .
“ Qaiser !
Macam mana awak ada di sini ? “ terkejut Lina di buatnya melihat si suami yang
di rindui di hadapan mata kini .
“ Dah Lina
tinggalkan abang . Mestilah abang cari . Sampai ke lubang cacing pun abang akan
cari sayang . “ Qaiser duduk di birai
katil sambil tersenyum manis .
Abang ? Sejak
bila dia gelarkan diri dia abang . Satu lagi , sayang ?
“ Selepas apa
yang jadi , kenapa nak cari saya . Saya kan curang . Pergilah . Awak pun ada
orang yang di cintai . Pergilah berbahagia dengan kekasih awak . Saya tak akan
ganggu awak . “ LIrih suara Lina . Sedih . Dia hampir menitiskan air mata .
“ Cop ! Cop !
Kekasih mana pula ni . Lina la kekasih abang . “ .
“ Awak , saya
tak pernah lupa . Malam perkahwinan kita , awak kata awak mencintai orang lain
. Lagipun saya ada terjumpa gambar seorang perempuan di bilik saya . Maksud
saya , bilik saya di rumah awak . “
Qaiser mengeluh
perlahan . LIna Humayraa sudah salah faham . Qaiser melekapkan kedua-dua
tangannya di pipi mulus isterinya . LIna terpana .
“ Lina Humayraa . Dengar sini baik-baik . Malam
tu , abang cuma bergurau . Abang terpaksa tipu . Abang tak mahu kita rapat
seperti suami isteri yang sepatutnya . Abang takut bila abang jatuh cinta dekat
Lina , suatu hari nanti LIna pula
tinggalkan abang . Abang takut itu terjadi . Abang terpaksa tipu . Pasal gambar
. Dulu , bilik Lina tu bilik kawan abang . Dia tu part-time photographer . Mungkin dia tertinggal gambar tu waktu
pindah keluar . Abang tak pernah jatuh cinta pada mana-mana perempuan . Lina
Humayraa Binti Lateef adalah orang pertama yang berjaya mengetuk pintu hati
abang untuk bercinta . Selama ni , abang tak berani nak jatuh cinta . Selalu
sangat tengok kawan-kawan frust menonggeng sebab cinta . Lina Humayraa , listen
here . I love you ! Abang cintakan sayang . Sangat-sangat ! “ ..
Terkedu si
isteri mendengar penjelasan sekaligus rahsia hati si suami tercinta . Menitis
air matanya . Ya Allah ! Kau makbulkan doaku . Terima kasih Ya Allah !.
“ Abang jahat !
Kenapa abang buat Lina macam tu . Abang jahat ! Benci abang ! “ suara kecil
isterinya membuat Qaiser berasa sayu . Air matanya membuat hatiku sakit . Abang
minta maaf sayang !
Qaiser menarik
Lina ke dalam pelukannya . Erat ! Terasa seperti tidak mahu di lepaskan
selama-lamanya . Biar kekal begini . Bahagia .
“ Abang minta
maaf , sayang . Abang minta maaf . Janganlah menangis lagi . Abang ada di sini
kan . Abang akan sentiasa cintakan sayang . Sayang jangan tinggalkan abang lagi
. Janji dengan abang ?”
Terasa lain
suara suaminya . Lina mengangkat kepala . Qaiser menangis !
“ Janji dengan
abang , ye sayang ? “
“ Lina janji !
“ Lina kembali mendakap erat suaminya . Malam berlalu pergi membawa kegembiraan
penyatuan dua hati .
“ Terima kasih sayang ! “
“ Untuk apa abang ? “ Hairan Lina . Apa yang
dia sudah buat sampai Qaiser mengucap terima kasih ?
“ Untuk Quwaidir Harraz , Qusyairi Hayyan dan Qamra
Hawani “ .. Lina tersenyum . Membuang
pandangan ke arah taman di tepi rumah . Ketiga-tiga anak mereka sedang seronok
bermain .
Sudah 6 tahun usia perkahwinan mereka .
Terima kasih Ya Allah . Kerana membuat keluarga kami sebuah keluarga bahagia .
Semoga kekal hendaknya . Pasangan suami
isteri itu tersenyum .. Bahagia mengulit mereka .
PS : Cerpen pertama . Maaf kalau terlampau banyak kesilapan :)
Best
ReplyDeleteBest
ReplyDelete